Thursday, December 26, 2013

Perubahan.


Assalamualaikum ya pembaca-pembaca yang disayangi sekalian keranaNya.

Apa khabar anda dan iman? saya? umm, gitulah kan. :D

Okay, kali ini, post akan diterbit dalam Bahasa Melayu yakni bahasa ibunda. Tapi kalau ayat cam pelik sikit tu mintak maaf la kan, hari-hari kena improve dah berzaman dah tak tulis artikel bahasa melayu.

Pada suatu hari yang tidak panas, tapi tidak pula sejuk, sejurus aku balik dari Penang, aku mendapat sebuah mesej dari kawan yang aku sayangi kerana Allah.

Syaza aku ada problem.

Apa dia?

Aku malu nak mengaku tapi aku rasa macam aku jadi aku yang sebelum ni. macam mana ek?





Alhamdulillah dengan izin Allah, kawanku ini telah berhijrah. Dari tidak menutup aurat, kepada menutup aurat, malah dia sentiasa memperbaiki penutupan auratnya. Dan lebih lagilah dia buat demi sebuah penghijrahan. Latar belakang keluarganya bukan dari yang 'islamik' tetapi Allah itu Maha Kaya, dia hadiahkan kawanku ini hidayah. Sungguh aku bangga mendapat kawan macam dia.

Aku rasa aku macam aku dah berubah...sejak aku keluar dgn kawan2 haritu

contoh? percakapan kau makin kasar ke? atau aurat kau makin tak terjaga ke?

hmm..percakapan. batas. camtu kot. aurat alhamdulillah terjaga lagi sebab bawak baju longgar2 je balik, and baju lama semua aku sedekahkan tapi aku tak tau lah macam mana. parents aku pun macam tak kisah sangat pasal aurat aku. pastu parents aku tau yang bestfriends aku sume laki. pastu tanya bila nak jumpa diorang semua.

terpana aku seketika. Fikiran pertama aku, kenapa tanya aku? Bukan kerana apa, tetapi terasa diri ini tidak cukup langsung untuk memberi pendapat, inikan pula nasihat.

Tetapi masalahnya, semua orang sama. Setiap orang mempunyai halangan dan cabaran ketika mahu berhijrah. Dan ada kalanya penghijrahan kita tu, sepantas kilat, ataupun selambat kura-kura. Ada kalanya jugak kita terkebelakang, mahu patah balik, terpatah balik dan itu semua adalah normal.

aku berfikir seketika, menyusun ayat di dalam kepala, supaya mudah difahami dan senang diterima.

akan ada masa kita memang rasa iman kita turun, and believe me kalau kau perasan iman kau turun, that's a good thing, tapi its up to you sama ada kau nak naikkan iman kau balik.

Antara baik dan buruk, adalah pilihan.

Bukan senang untuk berubah, untuk berfikir tentang perubahan itu juga susah, inikan pula untuk bergerak ke arah perubahan. Tetapi hati ini, Allah jentikkan hidayah tetapi kita yang bergerak ke arah hidayah itu. Kita yang pilih sama ada kita nak baik atau jahat, sama ada kita nak tunduk dan patuh pada perintah Allah, atau sombong bongkak dengan hidung tinggi melangit mengingkari perintahNya.

Ada sesetengah orang, yang menganggap kalau hidayah itu datang, mereka akan serta merta menjadi baik, serta merta pakai tudung labuh, baju labuh tahap lutut, solat khusyuk, percakapan jadi lembut serta penuh dengan manfaat, seterusnya mengambil berat tentang agama. Sayangnya, hidayah tidak seperti itu. Masakan menjadi orang baik semudah itu, kerana syurga itu mahal harganya, dan jikalau syurga mahal, semestinya ia menuntut pengorbanan yang mahal dan tinggi.

Pernah seorang sahabat yang disayangi bercerita, tentang hidayah. Hidayah itu, adalah ketukan pintu hati dari Allah SWT. Macam mana nak kenali ketukan itu?

1. Pernah tak kita tengah buat maksiat, tiba-tiba kita teringat Allah, pastu terdetik dalam hati "aku tak patut buat benda ni..."

2. Pernah tak kita tengah melepek-lepek, tiada kerja yang bermanfaat untuk dibuat, tiba-tiba kita rasa, "hmm, rasanya boleh jugak baca Quran sekarang.."

3. Ataupun, tengah belek-belek baju dan tudung dekat pasar, "lawa jugak kalau aku start pakai tudung labuh ni..."

Itulah ketukan, ataupun contoh-contoh ketukan hidayah pada hati kita. Pada saat itu, pada milisaat itu, sama ada kita buat pilihan untuk mengabaikan ketukan Allah itu, ataupun bertindak dan membuka hati kita untuk Allah SWT.

Tetapi kalau kita mengabaikan ketukan Allah itu, kita tiada hak untuk berkata "nantilah, bila hidayah dah sampai" tidak sekali-kali! Kerana Allah sudah berkali-kali, berjuta-juta kali mengetuk pintu hati kita dengan hidayah yang melimpah ruah, setiap rasa penyesalan, setiap detikan untuk berubah, setiap rasa berdosa itu, adalah ketukan, tetapi kalau kita tidak bertindak atas rasa-rasa seperti itu, akhirnya kita juga rugi, dan kita tidak boleh menuntut hak di hari akhirat nanti.

Baik dan buruk itu, satu pilihan, bukan takdir infiniti yang kita boleh pasrah kalau kita jahat. Bukan juga suatu cop gerenti yang kita akan masuk syurga. Usaha. Semuanya usaha. Bila kita jahat nak berusaha jadi baik, bila kita baik dan nak berusaha jadi lebih baik, itulah pengorbanan. Tidak ada seorang pun yang baik, yang merasakan dirinya cukup baik. Dan tiada sorang pun yang baik, yang sentiasa baik sepanjang hidupnya. Iman itu turun dan naik, cuma kita perlu sedar, bila dia turun, kita yang kena usaha lebih.

Dalam perjalanan perubahan

Cakap pasal perubahan memang senang, tapi nak mulakannya, Allah sahaja yang tahu beratnya hati. Dengan rendah hati, sebagai seorang yang sentiasa ingin berubah, izinkan saya memberi tips.

1. Selalu berjumpa dengan orang-orang yang sudah berubah. Semua orang ada waktu jahiliyyahnya. Semua ada zaman kegelapannya. Berjumpalah dengan orang-orang yang sudah keluar dari zaman kegelapannya, dan bertukar cerita. Inilah orang yang paling dekat dengan kita, sebab mereka pernah rasa macam mana hidup dalam kegelapan, dan mereka berjaya keluar dari kegelapan itu, dan menuju ke jalan Allah. Mereka inilah yang akan memberikan kita harapan dan motivasi, kerana perubahan itu datang dari pelbagai latar belakang, dari segala jenis macam jahiliyyah, tetapi pesong macam mana pun, mereka semua berubah kepada Allah, atas jalan yang sama.

2. Audit diri, sentiasa membuat refleksi sebelum tidur. Atau bila-bila rasa perlu. Ulang tayang balik semula hari yang kita lalui, sama ada bermanfaat atau tidak, sama ada kita lukakan hati sesiapa atau tidak, sama ada kita melakukan dosa yang kita sendiri tak perasan atau tidak, sama ada kita membuat baik kepada orang atau tidak, audit dan catat, dan mungkin, kita sendiri akan nampak graf iman kita. Dari situ, kita boleh fokus kepada kelemahan diri, dan memperbaikinya.

3. Sentiasa positif dan sentiasa bersama dengan orang yang positif. Kalau kita cakap dekat kawan kita, kita nak berubah, dan kalau dia memperlekehkan kita, jauhkan diri dari dia. Kita tidak perlukan sesiapa untuk membuatkan kita rasa negatif, kerana perubahan kepada Allah itu memerlukan sahabat yang sentiasa menyokong perubahan kita, walaupun jahiliyyah kita dulu bertimbun tahap gunung Everest. Walaupun rasa macam nak menangis dan berputus asa, ketahuilah, kalau kita berusaha untuk mencari hidayah Allah, Allah takkan hampakan hamba-hambaNya yang mencari. Sentiasa husnuzhon (bersangka baik) dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri.

4. Lihat solat kita. Segala amal baik kita, dan sikap dan perangai kita adalah sebuah manifestasi dari qualiti solat kita. Solat kita bagus? maka baiklah amal kita, dan sikap kita, malah orang sekeliling pun boleh melihatnya. Solat kita tak bagus? Bukan sahaja orang lain tak suka dengan sikap kita, malah kita sendiri pun tak berpuas hati dengan diri sendiri, dan hati kita takkan tenteram. Perbaiki solat, insyaAllah segalanya akan diperbaiki juga.

5. Baca atau dengarkan Al-Quran. Sumpah kalau malas nak buat ibadat panjang-panjang, dengarkan Al-Quran pun cukup, dari segi personal sayalah. Sebab Al-Quran itu melembutkan hati pendengarnya, melunturkan ego, membasahkan mata, mencairkan sanubari seorang pembaca dan pendengar. Apatah lagi bila kita membaca maknanya sekali, dan memikirkan tentang ayat. Dengarkan Al-Quran, tengah buat kerja, tengah lipat baju, tengah tulis blog, kesediaan untuk membuka surah-surah dalam Al-Quran sendiri itupun suatu amal dan mujahadah, sebab kita pun tau, kita lebih suka nak pasang lagu kan?

6. Perbaharui niat kita setiap saat, setiap masa, setiap peluang yang ada. Sebab hidayah tidak mungkin masuk ke dalam hati yang niatnya telah diseleweng, niat kerana Allah, niat kerana Allah, niat kerana Allah. InsyaAllah, rasa tenang dan rasa ingin bergerak ke arah perubahan itu akan datang.


Kepada kawan-kawan yang ingin berubah, bila lagi? Ketahuilah, ramai yang mahukan anda berubah, ramai yang mahukan kebaikan kepada anda, kalau orang sekeliling mahukan kebaikan kepada kita, kenapa tidak Allah yang Maha Pengasih, yang Maha Pencipta, yang kasihkan kita melebihi segala kasih di dalam dunia? Kenapa perlu ragu-ragu dengan hidayah Allah? Ambillah lompatan iman (leap of faith) itu dan percayalah kepada Allah, sumpah Dia nak kita semua masuk syurga, sebab Dia Maha Menerima Taubat, apa lagi?

Kepada kawan saya yang ingin berubah itu, this post is for you, and you should know that I am always with you if you need me, I am always supporting you, and know that there will be times when you will falter and fall and maybe want to run back to your old ways, but know that it's never worth giving up. Know that I'll always be here when it's hard for you to carry on, when it's hard to move forward, we're in this together, on this road of Allah together, and because I love you, I want us to be in Jannah together.

Wallahualam,

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment