Wednesday, August 21, 2013

Saya masih orang yang sama.

Assalamualaikum! hihu~

Apa khabar pembaca-pembaca setia yang dikasihi Allah sekalian?

Hari ini ada cerita panas, well, tak ada la panas mana, cuma satu fenomena yang agak ajaiblah bagi saya.

Pada suatu hari, Lisa bertemu dengan rakan-rakannya setelah bertahun-tahun tidak berjumpa. Sebelum dia keluar, dia mengenakan baju kurung berwarna biru, selendang lebar bertona serupa, lengkap dengan stokin dan stokin tangan. Lisa yang belajar di UK, baru sahaja mendapat peluang balik ke tanah airnya setelah 2 tahun menuntut di universiti terkemuka di UK.

Dia tidak sabar bertemu dengan rakan-rakannya yang mengenalinya dari umur 13 tahun, malah ada yang lebih lama mengenalinya. Setelah menunggu kedatangan kawan-kawannya dia sebuah restoran di pekan, mereka berpelukan sesama sendiri, tangan berjabat, pipi berlaga, senyuman dilemparkan, sungguh Lisa merindui sahabat-sahabat baiknya.

"Wahh, Lisa, ustazah kau sekarang." Komen Mira tersenyum. Rakannya yang lain turut mengangguk tanda setuju.

"Dulu ingat Lisa kan tomboy, main jerit-jerit dekat laki, pastu ingat tak dia pernah tampar seorang budak tu, apa namanya, haa, Mamat!" Azura pula menyelit, diikuti dengan ketawa rakan-rakan. Lisa pun ketawa, tercuit hatinya mengenang masa yang lalu.

"Alah kau ni, dulu ingat tak kau suka dekat Ali, pastu kau siap bagi dia surat layang lagi, kau jugak datang complain kat aku." Lisa menampar lembut bahu kawannya sambil ketawa dengan ketawanya yang cukup unik.

"Weh, kau still gelak sama lah. Tak berubah pun!" kata Dina.

Lisa mengerutkan dahi, tapi senyumannya tidak lekang.

"Mestilah, aku masih Lisa yang sama kot."

"Yalah, kau kan dah berubah sekarang...."



Di sini terletaknya satu permasalahan yang bermain di fikiran saya. Dari dulu lagi, sementara satu persatu kawan yang berubah ke arah yang lebih baik, baik dari segi pakaian, atau pertuturan, atau perangai, saya memerhatikan bahawa lebih kurang macam inilah dialog yang akan terjadi.

Saya sendiri pernah mendapat komen seperti di atas. Cuma, pelik, apakah berubahnya identiti saya sekiranya saya berubah cara berpakaian?

Tidak dapat dinafikan yang saya terkenal dengan sifat saya yang bombastik. Ada sahaja cerita yang saya cerita pada rakan-rakan, dengan semangat dan cara saya bercerita, macam kalau orang tengok pon, agak tidak terkawal lah. Lepas tu, saya agaklah clumsy, kadang-kadang tak semena-mena tersadung dekat batu ke, ape ke.

Alhamdulillah, saya mula bergerak ke arah yang lebih baik saya rasa, dengan pertolongan ramai rakan-rakan. Nasihat mereka banyak membantu saya menjadi insan yang lebih baik.

Tetapi kenapa ramai orang ada suatu persepsi di mana bila kita berubah ke arah yang lebih baik, maka perangai kita, cara kita akan berubah juga? Adakah kita akan menjadi seorang yang lain dari diri kita sebenar? Orang yang mulanya banyak bercakap akan menjadi orang yang pendiam setelah dia menerima hidayah? Atau orang yang gelaknya unik akan berubah menjadi orang yang gelaknya biasa-biasa sahaja? Atau orang yang sukakan fesyen tiba-tiba minatnya hilang?

Mungkin ada sesetengah yang boleh macam itu, tetapi ada ramai lagi yang bukan macam itu. Ada ramai lagi yang masih tidak boleh mengubah cara gelaknya, ada ramai lagi yang masih tidak boleh menjadi pendiam kerana orang yang alim dan warak mestilah pendiam kan?

Tidak semestinya bila seseorang itu mendapat hidayah, menjadi orang yang lebih baik, dia akan terus menjadi seorang yang lain dari dirinya yang sebelum ini. Bilamana dia berjumpa dengan kawan-kawannya, dahulu dia bergelak ketawa, tiba-tiba dia diam tersenyum simpul dan tiba-tiba bagi ceramah dari entah mana.

Sedangkan dia masih orang yang sama, disebalik tudung litupnya, handsocknya, stokinnya, kopiahnya, buku-buku ilmiahnya. Saya ingin tegaskan cara berpakaian di sini kerana ramai yang menyangka bila seorang muslimah itu berubah dari tidak menutup aurat, kepada menutup aurat dengan sempurna, dia akan menjadi orang yang lain, dia akan berubah identitinya. Kalau sebelum dia menutup aurat, dia adalah Aminah, selepas dia menutup aurat juga dia masih Aminah.

Dia bukan orang asing di kalangan kawan baiknya, dia bukan orang asing di dalam keluarganya, minatnya dan kesukaannya masih sama sebelum dia menutup aurat, dan selepas dia menutup aurat. Satu sahaja perbezaannya bila dia menjadi orang yang mendapat hidayah adalah segala tenaganya, minat, kesukaan, ibadah, permainan, percakapan adalah untuk agamanya, untuk mendapat keredhaan Allah.

Dan mungkin sahaja dia baru bertatih, mungkin sahaja dia baru belajar menutup aurat, dia baru belajar memperbaiki kelemahan dirinya, perubahan itu bukan magik, di mana dia menjadi baik dalam sekelip mata, perubahan tidak berfungsi sebegitu.

Tapi dia masih orang yang sama, punyai kenangan yang sama dirasai semasa dia berlatih sukan dengan rakannya, bila dia masuk pertandingan berdebat, bila dia masuk pertandingan menari, segala kenangan dia dengan rakan-rakannya atau keluarganya tidak hapus dek perubahannya.

Jadi kenapa perlu terkejut bila rakan kita yang sudah berstokin, berpurdah masih orang yang sama kita kenal 10 tahun yang lalu?

She's still the same friend.

The thing is, many people are blurred by the perception that a person who has changed their way of dressing, has changed their character. It can go both ways, actually, whether a person who has changed from covering her aurat to not covering her aurat (nauzubillah), or whether a person who didn't cover her aurat before and decided to cover her aurat after.

I've had this perception before, and sometimes, I too, seeing my friends that have changed in terms of their attire, felt a bit shocked that she still laughs with her teeth showing and that signature laugh of hers still ring in my ears. I was a bit shocked towards myself, why did I assume she would change who she is just because she changed how she dresses? Why did I think that she won't be just as chatty and cheerful after she has changed?

OF COURSE, with a change of clothing, some of it must have affected the way she talks to guys, the way she brings herself in public, the things she talks about, rather than the way she talks, the sensitivity of her speeches and the sensitivity she has about her surrounding conditions, but all in all, she is the same person that I met 7 years ago. She laughs the same, her eyes light up the same when she talks, her gestures, her posture, her style, her poise, and even then, all of them seemed more refined.

I think a lot more people still have this perception that the way you dress ultimately changes who you are. Or even so, after you accept the hidayah from Allah, you have to become someone you aren't, like something you don't, which all in all, scares most people.

I have always had this perception that in order to become a good muslimah, I must become a pendiam, because most good muslimah are very quiet and secluded. But my murobbi said that, my gift in speech is my talent, why should I become a pendiam when Allah has gifted me with the ability to speak and speak well?

It is just a matter of channeling my talents into something that Allah would like, something that would benefit the ummah, something that would make the world a better place. And like me, I think that girls who are contemplating on becoming a good muslimah are holding back because they are afraid that they have to be something they're not when that's not the case. You are whoever you are, it's just that, after you decide to really practice Islam, your hobbies and your energy, your time is all for Islam.

I somehow can't express myself thoroughly in this post, and I'm afraid that it may cause some misunderstanding, which is why I decided to type it in English half way because I think I explain myself better in English than in Malay.

But questions and opinions are welcomed.

Wallahu'alam

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment