Wednesday, May 7, 2014

Cukuplah dengan membazir masa!

Wahai pemuda! Cukuplah membazir masa!
Masa itu tidak lelah berlari menuju tibanya garisan tamat,
Engkau pula leka bermain di alam mimpi,
Khayal dengan isi duniawi,
Sedang engkau kejar kepuasan yang sementara,
engkau diperhati gerak geri hingga ke pusara.

Bangkitlah pemuda!
Bukankah engkau hidup di dunia dengan tujuan?
Untuk menegakkan kebenaran?
Mengapa engkau masih terpinga-pinga
dengan harta benda yang tidak membawa makna?
Apakah kau sudah lupa
janjimu dengan Tuhan
untuk menghapuskan kebatilan?

Pemuda yang tidur!
Kau kerja siang malam, kemudian kau berfoya,
kau berhibur dan bersuka ria,
sedangkan tanggungjawab kau masih tidak terlaksana!

Mungkin kau berkata,
'Ah cukuplah aku baik sendiri!"
Solat, puasa, zakat, haji,
Kau ingat Islam itu sekadar beribadah?
Kubur masing-masing tak payah bersusah?
Sedangkan kau adalah khalifah!

Di akhirat sana, tentu adanya,
orang yang akan menuntut hak mereka,
terhadap engkau kerana engkau alpa,
tugas kau yang kau tinggalkan,
sementara ramai yang masih dalam kejahilan.

Bangkitlah wahai pemuda!
Ummah berdarah dan merana,
tetapi mereka tidak merasa kerana lena,
Tugas engkau dan aku, untuk mengejutnya.

No comments:

Post a Comment