Assalamualaikum! hihu~
Apa khabar pembaca-pembaca setia yang dikasihi Allah sekalian?
Hari ini ada cerita panas, well, tak ada la panas mana, cuma satu fenomena yang agak ajaiblah bagi saya.
Pada suatu hari, Lisa bertemu dengan rakan-rakannya setelah bertahun-tahun tidak berjumpa. Sebelum dia keluar, dia mengenakan baju kurung berwarna biru, selendang lebar bertona serupa, lengkap dengan stokin dan stokin tangan. Lisa yang belajar di UK, baru sahaja mendapat peluang balik ke tanah airnya setelah 2 tahun menuntut di universiti terkemuka di UK.
Dia tidak sabar bertemu dengan rakan-rakannya yang mengenalinya dari umur 13 tahun, malah ada yang lebih lama mengenalinya. Setelah menunggu kedatangan kawan-kawannya dia sebuah restoran di pekan, mereka berpelukan sesama sendiri, tangan berjabat, pipi berlaga, senyuman dilemparkan, sungguh Lisa merindui sahabat-sahabat baiknya.
"Wahh, Lisa, ustazah kau sekarang." Komen Mira tersenyum. Rakannya yang lain turut mengangguk tanda setuju.
"Dulu ingat Lisa kan tomboy, main jerit-jerit dekat laki, pastu ingat tak dia pernah tampar seorang budak tu, apa namanya, haa, Mamat!" Azura pula menyelit, diikuti dengan ketawa rakan-rakan. Lisa pun ketawa, tercuit hatinya mengenang masa yang lalu.
"Alah kau ni, dulu ingat tak kau suka dekat Ali, pastu kau siap bagi dia surat layang lagi, kau jugak datang complain kat aku." Lisa menampar lembut bahu kawannya sambil ketawa dengan ketawanya yang cukup unik.
"Weh, kau still gelak sama lah. Tak berubah pun!" kata Dina.
Lisa mengerutkan dahi, tapi senyumannya tidak lekang.
"Mestilah, aku masih Lisa yang sama kot."
"Yalah, kau kan dah berubah sekarang...."